Banner 468

Facebook
RSS

-
suriapapar

Pada pandangan pengarang, pandangan yang dilontarkan oleh wakil parti UPKO adalah antara pandangan yang mencuri tumpuan. Mereka datang ke sesi berkenaan dengan berbekalkan suatu kajian yang menyeluruh. Tidak seperti parti-parti lain, baik pembangkang dan komponen yang kelihatan lebih cenderung menghentam dan menyalahkan SPR dan kerajaan, UPKO kelihatan lebih rasional dan bersungguh-sungguh dalam menyuarakan cadangan dan pandangan mereka ke arah penambahbaikkan sistem pilihan raya negara.

Berikut merupakan cadangan UPKO yang sempat di catit oleh pengarang, terdapat 8 cadangan namun yang terdayat untuk di catit di sini cuma 7;

1. Proses penentuan bilangan kerusi antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak

2. Proses persempadanan semula

3. Proses memurnikan daftar pemilih

4. Proses memutihkan undi pos

5. Undi lebih dari sekali

6. Akses kepada media

7. Keselamatan awam semasa PRU

Daripada 7 cadangan, wakil UPKO menerusi Wilfred Madius Tangau hanya sempat menghuraikan 4 cadangkan kerana masa yang diperuntukan oleh setiap wakil parti adalah singkat (sekitar 15-20 minit).

1. Penentuan bilangan kerusi antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak

- SPR gagal melihat dalam pembentukan Malaysia 1963 ketika membuat pertambahan kerusi PRU.

- Pada Ogos 1963, ketika pembentukan Malaysia, Sabah Sarawak dan Singapura memiliki Kouta masing-masing. Namun apa yang menjadi persoalan adalah ketika singapura keluar daripada Malaysia, kouta 15 kerusi Parlimen milik Singapura tidak diberikan kepada Sabah dan Sarawak. Berdasarkan fakta sejarah, sebelum 1971, 34 peratus daripada agihan kerusi berada di luar semenanjung. Namun berbeza dengan tahun 1971, tidak wujud sebarang pertambahan kerusi di Sabah dan Sarawak. UPKO mencadangkan agar agihan kerusi sebanyak 34 peratus yang berada di luar semenanjung perlu dikekalkan selaras dengan perjanjian Malaysia dan kedudukan 15 kerusi milik Singapura ketika keluar daripada Malaysia hendaklah diberikan kepada Sabah dan Sarawak.

Sambungan: http://dkmsabah.blogspot.com/2011/12/sesi-pendengaran-awam-wakil-upko.html

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...