Banner 468

Facebook
RSS

Apa Kata Rakyat????

-
suriapapar


Bajet Sabah 2012 dibentang hari ini dahulukan kesejahteraan rakyat
BUKU ... Musa menunjukkan isu kandungan Bajet Sabah yang akan dibentangkan hari ini.
18th November, 2011


KOTA KINABALU: Belanjawan Negeri 2012 yang akan dibentangkan di Dewan Undangan Negeri hari ini memberi fokus kepada kesinambungan usaha kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk membangunkan negeri Sabah dan mendahulukan kesejahteraan rakyat serta kemakmuran negeri.
Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata walaupun ekonomi dunia dan harga komoditi tidak menentu, ekonomi negeri tidak begitu terjejas kerana asas ekonominya kukuh dan kaya dengan sumber hasil bumi.
Beliau berkata cadangan pengagihan peruntukan bagi program-program yang dirancang tahun depan merupakan komitmen dan kemampuan kerajaan dalam mencapai matlamat pembangunan yang telah dimulakan oleh kerajaan Barisan Nasional sebelum ini.
“Bagi merealisasikan perancangan yang dibuat di bawah Belanjawan 2012, saya yakin dengan kutipan hasil negeri yang terus menggalakkan disebabkan asas ekonomi yang mantap dan disokong oleh rezab negeri yang kukuh,” katanya dalam satu kenyataan di sini, kelmarin.
Sambil menyifatkannya sebagai pembangunan untuk semua.

Musa berkata kerajaan negeri turut memberi penekanan kepada halatuju (pertanian, pelancongan dan pembuatan), 
pembasmian kemiskinan, pembangunan belia dan modal insan, pembangunan seimbang antara wilayah dan luar bandar
dan pembangunan infrastruktur asas dan kemudahan awam.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...