Banner 468

Facebook
RSS

Utk Sharing ja....

-
suriapapar

SILAP SIAPA?????????????????

Saya terjumpa artikel ni..wlupun ianya sudah lama tp ini hanya sekadar perkongsian bg membuktikn YB2 di Kawasan Peka dengan isu ni, Selain ianya di bincangkan peringkat DUN  ianya juga telah di bw ke prgkt Parlimen mlalui Ahli Parlimen P.175 Papar ( YB Datuk Rosnah Hj. Abdul Rashid Shirlin )

30/11: PENEMPATAN KINARUT DICADANG TUTUP

Category: General
Posted by: keruak
KOTA KINABALU: Kerajaan digesa menutup segera penempatan pelarian Filipina di Kinarut, dekat sini bagi membendung masalah sosial dan kegiatan jenayah yang semakin tidak terkawal di kawasan berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Kawang, Datuk Ghulamhaidar Khan Bahadar berkata, pada masa ini masalah di penempatan yang dibuka oleh Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR) itu seperti tiada penghujungnya.

Menurutnya, status pelarian yang menggunakan dokumen IMM13 perlu diselesaikan dengan kerajaan Filipina.

‘‘Walaupun Malaysia sehingga hari ini bukan salah satu daripada 145 negara yang menandatangani Protokol 1967 UNHCR, namun atas dasar simpati kita menjadi hos kepada kumpulan pelarian dari Filipina sejak daripada tahun 1970-an lagi.

‘‘Tidak ada salahnya kemurahan hati kita ini, namun ia menjadi masalah apabila lokasi-lokasi penempatan ini menjadi sarang kepada gejala sosial terutama dadah dan jenayah yang berkaitan dengannya,” kata beliau semasa membahaskan Bajet Negeri 2007 pada sidang Dewan Undangan Negeri di sini.

Ghulamhaidar berkata, usaha polis membanteras jenayah juga sukar mencapai kejayaan kerana penjenayah yang terlibat bersembunyi di kawasan itu.

Katanya, kewujudan beberapa pusat ilmu seperti Maktab Rendah Sains Mara, Institut Kemahiran Belia Negara dan Pusat Latihan Polis di kawasan itu juga tercemar dengan penempatan pelarian tersebut.

“Saya mencadangkan, jika UNHCR bersikap lepas tangan, adalah menjadi tanggungjawab Malaysia mengumpulkan data terbaru mengenai status pelarian di kawasan tersebut. 
Katanya, kewujudan beberapa pusat ilmu seperti Maktab Rendah Sains Mara, Institut Kemahiran Belia Negara dan Pusat Latihan Polis di kawasan itu juga tercemar dengan penempatan pelarian tersebut.

“Saya mencadangkan, jika UNHCR bersikap lepas tangan, adalah menjadi tanggungjawab Malaysia mengumpulkan data terbaru mengenai status pelarian di kawasan tersebut.

“Kemudian, kita kena menentukan sama ada mereka ini pelarian politik atau pelarian ekonomi supaya tindakan sewajar dapat ditentukan.

“Kerajaan juga perlu membuat penilaian sama ada masih wujud situasi tekanan politik di Filipina sehingga mereka terus memerlukan status pelarian politik di sini,” katanya.

Gulamhaidar berkata, sekiranya pelarian itu berstatus pelarian ekonomi, langkah paling sesuai adalah menukar dokumen pengenalan mereka kepada status pendatang asing dan tertakluk kepada peraturan imigresen sedia ada.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...